andhika | tharuna

"sekelumit kisah [ SUKA & DUKA ] anak penghujung benua"

Monday, June 13, 2005

Sulaman Tekat Teluk Belanga


sulaman tekat
Originally uploaded by andhika tharuna.
salam isnin. rasa cergas lak harini walaupun sampai kl dah lewat malam tadi. seronoknya dapat balik kampung tapi rasa sekejap sangat, macam nak sambung cuti jer... kat kampung memacam benda gak aku buat. tengah kemas2 barang2 lama, aku terjumpa salah satu koleksi antik simpanan aku. sulaman tekat peninggalan arwah nenek yang berusia lebih 200 tahun! sulaman tekat ni berasal dari teluk belanga, singapura. ianya berbeza dengan sulaman2 tekat yang lain kerana material utama yang digunakan ialah kulit kambing yang direndam di dalam air perada (emas). sebelum dijahit di atas kain baldu menggunakan benang emas, ianya terlebih dahulu dipotong mengikut corak yang dikehendaki. serpihan cermin kaca digunakan bagi menambah seri sulaman tekat. ada beberapa lagi koleksi sulaman tekat pada aku tapi ini yang paling tua dan paling unik. panjangnya kira2 3 depa dan digunakan sebagai hiasan pada peterana (pentas) pelamin. masyarakat di teluk belanga pada masa lalu ialah orang2 melayu yang kebanyakannya mempunyai hubungkait rapat dengan kerajaan johor-riau. teluk belanga sendiri pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan johor-riau sebelum berpindah ke tanjung puteri (sekarang johor bahru). antara warisan teluk belanga yang kekal sehingga ke hari ini ialah baju kurung teluk belanga yang menjadi identiti masyarakat johor.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home