andhika | tharuna

"sekelumit kisah [ SUKA & DUKA ] anak penghujung benua"

Tuesday, December 27, 2005

Malang Tidak Berbau!

pada tanggal 20 disember kira2 pukul 8 malam ketika aku menuju ke pejabat, malapetaka yang tidak diingini berlaku. dalam sekelip mata kepalaku berlumuran darah. kereta yang aku pakai sejak lebih 2 tahun lepas bertukar wajah. kemalangan membabitkan sebuah lagi kereta wira di hadapan lampu isyarat presint 9, putrajaya tersebut berlaku beberapa minit selepas aku mengisi minyak kereta di petronas berdekatan. nak kata laju, taklah laju sgt tapi akibat nak kejarkan lampu isyarat akhirnya membawa padah! kereta aku bertembung dengan sebuah kereta dari arah simpang kiri yg dibawa agak laju. dentuman kuat kedengaran, kereta aku berpusing beberapa kali sebelum melanggar pembahagi jalan. kepala aku terhentak di dashboard kereta sebelum serpihan2 kaca dari cermin hadapan mengenai kepalaku. serta merta darah merah keluar dengan banyaknya dari kepala membasahi baju & seluar kerja aku. enjin kereta masih hidup, radio pun masih berfungsi! lagu memori cinta luka jelas kedengaran! tak lama selpas itu aku dibawa ke wad kecemasan hospital putrajaya oleh saksi2 yang melihat kejadian tersebut. alhamdulillah luka di kepala tidak seteruk mana tapi seluruh badanku jadi bisa2. sampai ke hari ini, sengal di badan belum pulih sepenuhnya. kepada yang membantu, terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan. semoga tuhan membalas segala jasa kalian...

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

1 Comments:

  • At 10:22 PM , Blogger Rush Murad said...

    sedih tengok kete kau macam nih.... ada hikmah tu. lain kali jangan asyik nak berhangkut kat dalam kete tu :)

    take care dude

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home