andhika | tharuna

"sekelumit kisah [ SUKA & DUKA ] anak penghujung benua"

Wednesday, September 28, 2005

Pontianak Harum Sundal Malam 2

Image hosted by Photobucket.com

LONDON: Aktres Maya Karin (gambar) sekali lagi menggondol anugerah Pelakon Terbaik, kali ini di Festival Filem Seram dan Fantasi Antarabangsa Estepona di Malaga, Sepanyol, menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 (PHSM2).

Filem itu turut memenangi anugerah Sinematografi Terbaik dalam festival empat hari, berakhir kelmarin.

Ini adalah anugerah kedua selepas Maya dipilih sebagai Aktres Terbaik menerusi filem PHSM yang pertama di Festival Filem Asia Pasifik di Fukuoka, Jepun, tahun lalu.

Bagaimanapun, kejayaan di Estepona ini lebih bermakna kerana Maya terpaksa bersaing dengan pelakon wanita serta lelaki.

Dua puluh dua filem seram dari seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan negara Amerika Latin menyertai pesta tahunan ini.

Pengarahnya, Shuhaimi Baba, berkata pihaknya tidak menyangka memenangi dua anugerah kerana keputusan untuk memasukkan PHSM2 dalam pertandingan itu dibuat pada saat akhir.

Beliau berkata, Maya yang bertanding dengan pelakon seperti Rena Rissel dalam filem Infection dari Amerika Syarikat, berjaya menarik perhatian juri.

Pemandangan indah di Malaysia yang dipaparkan dalam PHSM1 dan PHSM2 juga menjadi tarikan penonton luar negara. Hadir sama pada pesta itu ialah Penerbit Eksekutif, Aida Fitri Buyong, dan Penerbit Bersama, Kavita Sidhu.

Sementara itu, Shuhaimi yang dihubungi dari Kuala Lumpur, pula menjelaskan pihaknya hanya menghantar versi PHSM2 yang belum siap sepenuhnya atau ‘rough cut’.

Artikel ini dipetik daripada Berita Harian keluaran 12 September 2005



Lirik Lagu KuSeru

Lagu Tema PHSM II " KU SERU "
Nyanyian : MISHA OMAR
Pencipta : AJAI
Adunan Akhir : ROSLAN AZIZ
Penulis Lirik : SHUHAIMI BABA & HABSAH HASSAN
Hakcipta : PESONA PICTURES & SONY BMG

Ku Membayangi...Jiwa Hatimu
Tapi Perpisahan Menunggu
Ku Ingin Membelaimu
Namun Kasihku Tiada Restu

Diri Begini...Kerna Selama
Ditinggalkan Marah Sengsara
Hingga Hilang Terlupa
Siapa Aku Sebenarnya Sayang...

Oh..Dengarlah Sayu Tangisanku
Mengapa Degupanmu Ku Seru
Kerna Kesepian nan Terlalu
Kembalikan Hidup Yang Ku Rindu

Oh..Dengarkah Sunyi Tangisanku
Kau Tahu Ku Amat Menyayangimu
Oh Pergilah Kau Bukan Milikku
Pulang Pada Yang Mengasihi... Dirimu...
( Kau Ku Seru...Kesepian Berlalu...Maafkan Daku )

Sampai Disini
Ku Lepas Kau Pergi
Biar Ku Damai Bersemadi
Lukamu Ku Mengerti
Kan Ku Hilangkan Derita...Ini...


Image hosted by Photobucket.com
ermm kali ni hero pontianak bertukar milik Rusdi Ramli, pelakon yang terkenal di layar kaca yang kini buat pertama kali memegang watak penting dalam sebuah filem. antara drama terawal Rusdi ialah Pendekar bergandingan dengan Raja Azura atau Kak Engku. anak kepada pelawak dan pelakon Norliah Ramli ini nampaknya bakal membuktikan pemilihannya sebagai hero oleh Suhaimi Baba tidak sia2...

sila layari http://www.pontianakhsm2.com/

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home