andhika | tharuna

"sekelumit kisah [ SUKA & DUKA ] anak penghujung benua"

Thursday, June 30, 2005

Savvy, MyVi atau Mawi?


konsert af3
Originally uploaded by andhika tharuna.
buat kengkawan semua, sori bebanyak coz dah lama sangat tak update blog aku ni, sibuk memanjang... aku pun takde latest picture, ni yang terbaru. gambar2 masa pi tengok konsert akademi fantasia 3 minggu ke 3... masa fuad terkeluar. kesian fuad, he's very talented singer! nak buat camner, kuasa pemilihan terletak 100% peratus kat tangan penonton. ada peserta lain yang lebih layak dikeluarkan dulu. minggu lepas peserta favourite, idayu mengikut jejak fuad & eliza. minggu ni tak tau sapalah pulak yang mengusung bagasi kuar dari akademi... oohh ya, kali ni kosert kelima diadakan kat dataran putrajaya, presint 3... berhadapan dengan palace of justice & bangunan pjc. ada gak kengkawan ofis buat lawak bodoh. orang lain tengah sibuk nak tukar keta savvy atau myvi, dia lak mencelah, "aku nak tukar keta mawi!", tulah penangan anak jati kulai, johor ni! sampaikan kat dalam mesyuarat pun nama mawi boleh terselit. minggu lepas ada staf baru masuk, perkenalkan diri dalam mesyuarat... lepas tu staf2 lama kenalkan diri masing2 lak. bila sampai giliran aku, dia tanya aku, "orang johor ker? dekat ngan umah mawi tak?!". astaga! semua dalam bilik mesyuarat tergelak besar!
mawi

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home