TOYOL DI PAHANG?!
Salam Jumaat...
Baru-baru ni kat Pekan, Pahang gempar dengan penemuan makhluk misteri di sana. Makhluk berkenaan dipamerkan hanya seketika oleh Muzium Pekan sebelum dibuang ke laut atas sebab-sebab keselamatan. Masyarakat setempat mengaitkan makhluk tersebut sebagai toyol iaitu makhluk halus yang kerjanya mencuri duit dan di sesetengah tempat mencuri barang-barang berharga atas arahan tuannya. Di Malaysia, berita-berita sebegini dianggap aneh dan tahyul tetapi tidak di negara jiran, Indonesia. Masih ramai penduduk negara yang mempunyai pengganut agama Islam terbesar di dunia itu mengamalkan kepercayaan kuno dan pelik.
Ribuan penduduk serbu Muzium Pahang lihat makhluk misteri
Oleh Ali Mahmood
PEKAN 23 Feb. - Ribuan penduduk negeri ini menyerbu Muzium Negeri Pahang di sini hari ini bagi melihat makhluk aneh yang ditemui oleh seorang nelayan dua hari lalu dan disimpan di muzium tersebut.
Selain penduduk daerah ini, penemuan luar biasa itu turut mendapat perhatian orang ramai dari Bera, Rompin, Kuantan dan Bentong yang berpusu-pusu mengunjungi muzium itu sejak awal pagi.
Makhluk yang berukuran kira-kira 15 sentimeter tinggi dan sebesar penumbuk orang dewasa itu berada di dalam botol serbuk minuman bersaiz 980 gram.
Badan makhluk itu berwarna kehijau-hijauan dengan matanya merah saga, manakala badannya diselimuti kain hitam serta diikat dengan tali putih.
Makhluk itu dijumpai di dalam botol berkenaan di Pantai Balak, Kuala Pahang oleh seorang nelayan, Ahmad Affandi Abdul Rahim, 22, dari Kampung Marhum dua hari lalu, yang kemudian menyerahkannya kepada Muzium Negeri Pahang pada malamnya.
Menurut Ahmad Affandi, dia dan beberapa orang rakannya menggoncang botol itu dan mendapati makhluk itu tidak bergerak seolah-olah seperti patung.
``Saya tidak berani membuka penutup botol tersebut kerana bimbang sesuatu yang buruk mungkin berlaku,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Katanya, tidak lama kemudian, seorang lelaki mengambil botol tersebut dan membuangnya di kawasan tanah perkuburan berhampiran.
Bagaimanapun keesokannya, Ahmad Affandi mengambil semula botol tersebut dan diserahkan kepada seorang bomoh di kampung tersebut.
Bomoh itu, Ismail Omar, 94, ketika ditemui berkata, dia kemudian membuka botol itu dan mendapati makhluk itu masih hidup selepas dia membaca jampi serapah.
``Saya menghubungi polis Pekan, mereka menasihati saya menghubungi pihak muzium dan saya menyerahkannya kepada kakitangan muzium malam semalam,'' katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Affandi berkata, penemuan botol yang mengandungi makhluk seperti itu bukan pertama kali berlaku.
``Dua tahun lalu beberapa rakan saya turut menemui lima botol yang mengandungi makhluk seperti itu yang dipercayai dibuang oleh orang tertentu kerana khidmat makhluk itu tidak diperlukan lagi atau sebagai cara membuang penyakit,'' katanya.
Sementara itu, orang ramai yang membanjiri pekarangan Muzium Negeri Pahang selepas pukul 12 tengah hari ini hampa kerana mereka tidak berpeluang untuk melihat makhluk tersebut dari dekat apabila pihak muzium bertindak membuang semula botol dan makhluk itu ke laut.
Seorang kakitangan muzium yang enggan disiarkan namanya memberitahu, pihaknya menerima arahan supaya membuang makhluk itu kerana bimbang kemungkinan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Seorang pengunjung dari Bentong, Azman Mohamad yang datang semata-mata untuk melihat makhluk itu berkata, pihak muzium tidak sepatutnya membuangnya kerana ia boleh menjadi tarikan orang ramai ke muzium itu.
``Sepatutnya pihak muzium memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri makhluk itu dari dekat sebelum membuangnya,'' katanya.
(Sumber : Utusan Malaysia, 24 Februari 2006)

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home