andhika | tharuna

"sekelumit kisah [ SUKA & DUKA ] anak penghujung benua"

Tuesday, December 05, 2006

Perigi Biru

puas aku carik info lagu perigi biru ni. dah search kat google & yahoo pun tarak... aku nak tau maklumat lengkap pasal lagu lama ni yang dinyanyikan oleh bawang merah dalam filem bawangmerah bawang putih lakonan latifah omar, umi kalthom dan siti tanjung perak dahulukala... mula2 aku tak tau pun tajuk lagu ni perigi biru... aku ingat tajuknya ikan kaloi! hahaha... rasanya ramai orang tak tau pun tajuk sebenar tajuk lagu ni...

lagu perigi biru ni ciptaan zubir said (22 julai 1907 - 16 november 1987), seorang komposer kelahiran minangkabau, sumatera, indonesia tetapi menetap dan bekerja di singapura. dialah yang bertanggungjawab mencipta lagu kebangsaan singapura, majulah singapura! malah aku dapat tau, lagu kebangsaan negara kita pun hampir diciptanya tetapi berlaku perselisihan faham antara beliau dan pemimpin negara kita. akhirnya lagu negaraku (dicedok dari lagu negeri perak - terang bulan) yang terpilih dan kita dengar berkumandang setiap hari sehingga ke hari ini. jasa allahyarham zubir said terhadap industri muzik nusantara secara umumnya dan kepada singapura secara khususnya amatlah besar. selain lagu majulah singapura dan perigi biru, ada sebuah lagi lagu ciptaan allahyarham yang begitu popular sehingga ke hari ini iaitu sayang di sayang nyanyian kartina dahari dan kemudiannya dirakam semula oleh ning baizura. tetapi sebelum itu lagu tersebut telah digunakan untuk filem rachun dunia lakonan seniman agung tan sri p.ramlee.

berbalik kepada lagu perigi biru, lagu tersebut digunakan untuk filem bawang merah bawang putih semasa adegan merah memanggil ibunya yang telah bertukar menjadi ikan kaloi! filem arahan datuk jamil sulong ini begitu berjaya ketika itu. aku tabik ler pada siti tanjung perak! lakonan beliau meletakkannya berada pada kelas tersendiri sebaris dengan normadiah di dalam filem lela manja dan mak dara untuk filem ibu mertuaku. huhuhu... aku tak tau siapa penyanyi sebenar yang telah digunakan untuk filem ini tetapi ia telah dirakam semula oleh beberapa orang penyanyi lain. dalam simpanan aku cuma ada versi dato' m. daud kilau jer... mendayu-dayu dato' nyanyikan lagu ni, sungguh syahdu...


PERIGI BIRU

wahai perigi... perigi airnya biru
tempat bermain... bermain pari dan mambang

mohon izinkan hamba merayu ibu
izinkan hamba merayu ibu
bagi penawar hatiku yang bimbang
wahai bonda ibu kandungku

wahai bondaku
bondaku si ikan kaloi
timbullah bonda ooiii...
timbullah tunjukkan diri

nasi malukut dengan sayur keladi
nasi malukut sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari
wahai bonda ibu kandungku


3 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home