andhika | tharuna

"sekelumit kisah [ SUKA & DUKA ] anak penghujung benua"

Tuesday, December 04, 2007

Tragedi Sebuah Telefon Bimbit

2 Disember 2007 bersamaan 22 Zulkaedah 1428. Lokasi, Rasa Food Arena, tingkat 4, Suria KLCC. Jam menunjukkan hampir ke pukul 2 petang. Waktu puncak bagi semua orang mengisi perut masing-masing. Pelbagai jenis hidangan disediakan, dari selera tempatan hingga ke juadah dari Barat. Semua meja nampaknya penuh dengan manusia yang sedang enak menikmati selera masing-masing tanpa mempedulikan orang yang lalu-lalang mencari tempat duduk.

Eskalator dari tingkat 3 bergerak perlahan-lahan ke atas, juga sesak dengan manusia yang mahu ke medan selera tersebut. Di celah-celah manusia pelbagai bangsa dan usia itu kelihatan 2 kawan karib menaiki eskalator itu, Kedua-duanya berbaju T warna biru muda, seorang berseluar jeans Giordano membimbit beg plastik berlogo Isetan manakala seorang lagi berkaca mata dan berseluar kasual warna krim. Sampai di atas, mata mereka melilau-lilau mencari gerai-gerai makanan yang dirasakan sesuai mengikut selera masing-masing. Nampaknya lelaki yang berkaca mata terlebih dahulu berjumpa hidangan tengaharinya, nasi campur berlaukkan ayam masak pandan ala Padang dan sayur kacang panjang goreng. Melihatkan temannya sudah berhasil mendapatkan makanan pilihan, lelaki yang seorang lagi itu bergegas mencari seleranya pula. Mula-mula dia ke kaunter masakan Barat tetapi tidak lama. Dia rasakan tekaknya tiba-tiba mahu menjamah nasi ayam pula. Dia berlari ke gerai yang menjual nasi ayam…

Kini tiba saatnya mencari tempat duduk! Ya, ada 1 meja kosong di sebelah tiang besar berhadapan kaunter minuman. Lokasi tersebut bukanlah pilihan terbaik mereka tetapi apakan daya meja yang ‘strategik’ nampaknya sudah berpenghuni. Suapan demi suapan di halakan ke mulut diselang-selikan dengan celoteh dari 2 teman sejak di kolej itu. Almaklumlah mereka sudah lama tidak ketemu walaupun rumah masing-masing di dalam mukim yang sama. Banyak cerita menarik yang ingin disampaikan. Sesekali kedengaran hilai tawa, ada kisah lucu barangkali. Dari satu topik ke satu topik dibualkan, daripada perihal di pejabat membawa ke dunia hiburan hinggalah ke isu-isu global. Mereka menghabiskan masa lebih setengah jam di sana sebelum mengangkat punggung masing-masing untuk memberi laluan kepada pengunjung lain yang sedang mencari tempat duduk. Destinasi seterusnya ialah kembali ke Isetan kerana ada barang yang perlu dibeli oleh si lelaki berkaca mata. Selang beberapa minit mereka telah pun berada di bahagian pakaian lelaki gedung membeli-belah tersebut. Mereka mengambil keputusan berpecah dan berjanji untuk bertemu di pintu masuk dalam waktu yang telah dijanjikan.

Sementara menunggu temannya membeli-belah, lelaki bertubuh kurus tinggi mundar-mandir di bahagian pakaian sukan. Niatnya untuk membeli seutas jam tangan Casio telah pun termakbul sebelum makan tengahari dan tidak ingin membeli-belah lagi. Nafsu untuk ‘shopping sakan’ harus ditutup serapat-rapatnya. Jika tidak hujung bulan dia akan makan nasi berulamkan garam dan kicaplah gamaknya! Tiba-tiba ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Dia terus menyeluk kocek seluar kanan dan kiri. Alamak! Jeritnya di dalam hati. Ya, telefon bimbitnya tiada di dalam kocek seperti selalu. Dia gelabah tak menentu. Dia menyelongkar beg plastik yang dijinjitnya dari tadi tetapi hampa. Memang sudah pasti telefon bimbitnya telah hilang. Kemanakah ianya pergi? Tercicirkah? Atau dicuri oleh penyeluk saku? Tanpa berfikir panjang dia terus mencari temannya. Dengan bantuan telefon bimbit temannya. dia mencuba menghubungi telefonnya yang hilang tetapi gagal kerana ianya telah dimatikan…

Kelihatan kelibat tuan empunya telefon bimbit berjalan pantas sambil diiringi temannya menuju ke medan selera. Memang tidak syak lagi, telefon bimbitnya tetinggal di atas meja makan. Dia berdoa dengan harapan telefon bimbitnya masih di sana lagi walaupun peluang untuk ke arah itu amat tipis sekali. Nampaknya ada 2 orang perempuan duduk di meja tersebut. Kedua-dua wanita itu menggelengkan kepala apabila ditanya mengenai telefon bimbit tersebut. Tiba-tiba muncul seorang pekerja pembersihan menegurnya. “Encik cari apa?” Setelah menerangkan peristiwa yang baru menimpanya, pekerja pembersihan dari Indonesia itu membawa lelaki kurus ke bilik kawalan CCTV. Lelaki berkacamata menemaninya dari belakang. Agak malang, kamera CCTV yang dipasang tidak mengawasi sepenuhnya meja yang diduduki mereka kerana dihalang tiang konkrit yang besar. Walaubagaimanapun, dapat dipastikan setelah mereka berdua bangun, seorang wanita gempal separuh usia berketurunan India memakai uniform farmasi Guardian telah duduk di situ. Terdetik di dalam hati lelaki kurus, adakah wanita tersebut yang mengambilnya?

4 Disember 2007, hari ketiga selepas kisah cuai si lelaki kurus berlaku. Dia mendapat kembali nombor telefon bimbitnya setelah membuat aduan di pusat perkhidmatan pelanggan Maxis. Buat sementara dia memakai telefon bimbit usang yang hampir-hampir rosak miliknya. Nasibnya agak baik, walaupun sudah buruk, telefon tersebut masih boleh digunakan lagi walaupun kadangkala ianya mati sendiri...

7 Comments:

  • At 2:38 PM , Blogger Adi Osman said...

    kesian telepon ilang...

    sila la melompat ke blog saya! heehhehehe

     
  • At 4:31 PM , Blogger andhika tharuna said...

    ermmm... nak wat camner. dah ditakdirkan nak ilang. seumur hidup memakai hp sejak tahun 1999, nilah kali pertama ilang hp... :(

    dah add link blog hang nie...

     
  • At 9:14 AM , Blogger Adi Osman said...

    hiks.....

    blog lo gue dah lama add.....tapi bersawang! since dah clear sawang tu..bole la jengah slalu! hiks....


    encik andhika ni Pegawai Tidur Duduk jugak ke? Atau Pegawai Tandas Dewan? Atau Pegawai Takde Duit?

    Teeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttt....

     
  • At 9:50 AM , Blogger andhika tharuna said...

    wah tajamnya statement saudara affendiosman. takpe, doakanlah andhikatharuna ni rajin hilangkan sawang k...

    en.andhikatharuna bukan pegawai apa2 pun, tapi kuli yang sedia 'menurut perintah' adanya...

     
  • At 2:27 PM , Blogger Adi Osman said...

    menurut perintah? makanya sama laaaaa dengan saya....sealiran katanya!~

     
  • At 10:31 AM , Blogger Rush Murad said...

    wahhhhhhh........ korang berdua jer lah bersembang kat dalam nih. one fine day, aku kenalkan korang berdua ek. HP aku yg hilang itu sudah berganti, since dapat sim card abru yg kak rose kirim dari JB... i like my new hp.... E65, ada wifi, so tak payah bazir duit nak GPRS segala... aku pun guna hp lama n buruk yg selalu mati sendiri sementara nak tunggu beli hp baru....

     
  • At 12:38 PM , Blogger andhika tharuna said...

    aku tak pernah kehilangan hp sebelum2 nie... :(

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home