andhika | tharuna

"sekelumit kisah [ SUKA & DUKA ] anak penghujung benua"

Tuesday, July 26, 2005

Heliconia - Si Cantik Taman Bali

salam petang selasa...

biler cakap pasal taman bali yang orang malaysia dok sibuk buat kat halaman rumah masing2, antara objek utama yang wajib dalam seni taman berasal dari pulau dewata ni termasuklah air terjun buatan, tempayan, pergola dan batu2 sungai. tetapi apa yang membezakan taman bali dari taman2 lain yang ada ialah pokok2 yang ditanam. kebanyakan pokok2 yang dipilih ada dari jenis tropika dan banyak terdapat di sekitar nusantara termasuklah keladi gajah, teratai, kiambang, lidah jin, kemboja dan kenanga. ada 1 lagi jenis pokok yang amat popular iaitu heliconia. mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama ini tapi biler di sebut sepit udang atau bunga mercun baru yang perasan. heliconia merupakan nama saintifik bagi sepit udang. di sesetengah tempat sepit udang dipanggil bunga mercun. antara spesies heliconia ialah Heliconia Caribea Gold (keemasan), Rostrata Ruiz and Pavon (merah), Psittacorum Sassy (jingga), Psittacorum Rubra (kuning), Spectabilis India Lamarck (merah jambu) dan Angusta Vellozo Red Christmas (putih kemerahan). kebanyakan spesies bunga ini sukar didapati dan hanya tumbuh meliar di tengah hutan di luar negara, antaranya di brazil, costa rica, indonesia dan malaysia sendiri. ni aku sertakan 2 contoh spesies heliconia yang popular dalam hiasan taman2 bali; heliconia caribea gold & rotrata ruiz...

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Monday, July 25, 2005

KM 55

assalamualaikum semua yang masuk dalam blog aku. wah! lama betul tak update blog aku nie... bukan apa, selain sibuk ngan keja, tahap kesihatan aku terganggu sejak kebelakangan ni. untuk kakitangan hospital putrajaya, banyak2 terima kasih diucapkan di atas keikhlasan anda semua menjalankan tugas. jasamu akan kukenang...

harini macam takde mood nak bekerja, mungkin tak cukup tidur... bayangkanlah dekat pukul 3 pagi baru sampai kl dari kampung! aku bertolak dari jb pukul lebih kurang kol 11 malam, pukul 11.31 amik tiket tol kat tol skudai. terus drive, berhenti sekejap kat hentian kulai. aku memandu dengan penuh konsentrasi sambil mendengar celoteh deejay2 radio era dalam rancangan carta era (ulangan). teman di sebelah sibuk berborak perihal 2 hari bersama keluarga tercinta. aku ngan dia sama jer, balik johor mesti cari masakan ibu tercinta! dia membuatkan aku kecur air liur bila dia bukak citer pasal mee rebus johor! yek eleh, mak aku pun apa kurangnya! pagi ahad mak aku buat roti kirai ( roti jala dalam sebutan daerah aku) cecah ngan sardin. tgh breakfast aku ckp ngan mak aku, sejak 2 menjak ni asyik nak makan pulut ngan kelapa (aku pun lupa nama kuih ni). kol 10 pagi kuih tu dah atas meja makan! sayangnya mak aku kat aku! hehehe... tengahari aku tak makan coz perut still penuh ngan segala juadah pagi. tapi sempat lagi intai2 tudung saji... wargh! ada durian ngan pulasan ler! hehehe... ptg sebelum berkemas balik mak aku hidangkan kuih kesoi! ermm sedapnya...

perjalanan diteruskan lagi. jantung aku semakin berdebar2 bila nampak papan tanda persimpangan simpang renggam beberapa km lagi. ada sebab kenapa aku jadi begini. 4 tahun lepas aku hampir kehilangan nyawa di kawasan ini. aku masih ingat detik hitam itu. ketika itu aku dalam perjalanan ke kl menaiki kereta satria milik kawan aku. tujuan aku untuk menghantar kereta tersebut pulang kepada tuannya setelah beberapa minggu ditinggalkan di jb. aku kuar rumah dlm pukul 7 pagi hari sabtu ketika hujan baru berhenti. lebuhraya PLUS yg aku lalui pagi itu lengang dengan keadaan jalan yang masih basah selepas hujan turun dengan lebat pada malam sebelumnya. aku memandu seperti biasa, 110 -120 km/j. selepas melewati kawasan sedenak, tidak jauh dari simpang renggam aku membontoti 2 buah treler panjang dengan muatan kontena. pada aku treler2 tersebut dipandu dengan agak laju dari halaju yang sepatutnya bagi sesebuah kenderaan berat. aku pandang cermin belakang dan sisi kanan. nampaknya takde kereta dari arah belakang, aku terus memintas treler2 panjang tu... namun kemalangan sememangnya tak dapat dihidu. setelah memotong treler2 tersebut dan masuk kembali di lorong sebelah kiri, kereta yang aku pandu seolah2 hilang kawalan setelah melanggar lopak kecil di atas jalanraya. kereta satria hijau gelap berflet wilayah itu berpusing beberapa kali di lorong kanan dan kemudian kembali ke lorong kiri sebelum melanggar besi penghadang jalan! aku menjerit nama mak aku sekuat2 hati! dalam hati aku hanya berdoa semoga Allah selamatkan aku. dalam ketika kereta berpusing2, seluruh jasad aku terkedu seketika, yang aku fikirkan hanyalah saat2 kematian yang semakin menghampiri sepertimana 2 buah treler panjang yang semakin dekat menghampiri kereta aku. pada pusingan yang terakhir, keretaku merempuh besi penghadang jalan dengan begitu kuat di bahagian belakang dan terus tersadai di lorong kecemasan menghadap ke arah selatan lebuhraya. selang beberapa saat treler2 yang tidak sempat memperlahankan halaju melewatiku dan terus berlalu sambil membunyikan hon. aku mengucap panjang! tuhan masih beri peluang untuk aku bernafas lagi. semangat aku hilang serta merta. aku mengambil masa yang agak lama untuk berfikir secara normal semula. nasib aku agak baik, walaupun kereta itu mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang dan kanannya, ia masih boleh bergerak. tak dapat aku bayangkan jika tanpa penghadang besi, kereta tersebut akan menjunam jatuh ke dalam gaung yang dalam!kejadian pahit itu berlaku di km 55...