andhika | tharuna

"sekelumit kisah [ SUKA & DUKA ] anak penghujung benua"

Monday, December 17, 2007

Salam Aidil Adha & Selamat Hari Lahir


Assalamulaikum dan salam sejahtera. Lama juga aku tak 'update' blog kesayanganku ini. Macam-macam hal sampai tak sempat nak menulis. Khamis ini (20 Disember bersamaan 10 Zulhijah 1428) umat Islam di seluruh negara bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha. Kebetulan tarikh tersebut jatuh pada harijadi ibunda tercintaku yang ke-54 tahun. Selamat hari lahir mak! Semoga Allah S.W.T. memurahkan rezeki dan panjangkan usia bondaku disertai kesihatan yang cemerlang hendaknya. Amin... Untuk teman-teman yang tarikh lahirnya jatuh pada hari yang sama, aku tujukan juga ucapan serupa.

Untuk diriku sendiri, selamat harijadi juga! Kebetulan, tarikh lahirku di dalam kalendar Islam 10 Zulhijah. Ya, aku lahir pada pagi Hari Raya Haji tidak lama selepas muslimin dan muslimat menunaikan solat Aidil Adha 29 tahun yang lepas... Mungkin pada pagi raya nanti bonda tersayang akan buatkan bubur putih bubur merah seperti kelazimannya. Sudah menjadi tradisi sejak dahulu, keluargaku memang melakukan amalan sedemikian berbanding membeli sebiji kek dan meniup lilin. Semua ahli keluargaku akan berkumpul di meja makan sebelum nenek memulakan acara dengan membaca doa panjang umur. Bagaimanapun sejak nenek yang ku panggil atuk meninggal dunia beberapa tahun lepas, tiada yang mengambil alih tugasnya. Bila teringat arwahnya, rasa syahdu sangat. Al-Fatihah...

7 Comments:

  • At 10:53 AM , Blogger Rush Murad said...

    selamat menyambut hari raya aidil adha (patut ler nama kau ada perkataan AIDIL).... hepi bday to ur Mom.... teringat makan asam pedas masa raya tahun2 dulu kat rumah kau... balik Pontian ek?

     
  • At 3:39 PM , Blogger andhika tharuna said...

    thanks a lot my dear fren! nak balik kampung malam ni... cuti panjang... :)

     
  • At 9:08 AM , Blogger tasnim orang kaya said...

    selamat hari raya aidil adha

     
  • At 5:00 PM , Blogger Aya Rohaya said...

    knaper tak jadi wakil sebagai ketua keluarga bacakan doa.....x salahkan...atau doa x khatam lagi....opss!!!terlaser....sory....
    selamat hari raya aidiladha

     
  • At 11:17 AM , Blogger Wanpetunjuk said...

    Salam....mesti masih bercutikan....selamat bercuti...besh nye dapat cuti panjang.....salam aidiladha....

     
  • At 1:25 PM , Blogger andhika tharuna said...

    aku kembali...

     
  • At 3:07 PM , Blogger Edika said...

    Salam...
    Saye antara yang sambut hari lahir pada 20/12...
    Tak ingat pulak dalam kalender Islam hari & bulan bile..hahahah..
    By the way...saye nak ucapkan Belated Hari Lahir buat deng...moga kita sama2 dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki dan kesihatan yang sempurna kekal hingga ke akhir hayat...

    Amin....

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home