Laksamana Raja Di Laut - Episod 2
zapin aku dendangkan
lagu Melayu
pelipur hati
pelipur lara
cahaya manis kilau gemilau
di Kampung Tapir indah menawan
aku bernyanyi berzapin riang
moga hadirin aduhai sayang
jadi terkesan
kembanglah goyang atas kepala
lipatlah tangan sanggul dipadu
kita berdendang bersuka ria
lagulah zapin aduhai sayang
rentak Melayu
(korus 2x)
laksamana raja di laut
bersemayam di Bukit Batu
ahai hati siapa
ahai tak terpaut
mendengar lagu zapin Melayu
membawa tepak hantaran belanja
bertatah perak indah berseri
kami bertandak menghidup budaya
tidak Melayu aduhai sayang
hilang di bumi
petinglah gambus sayang langgam berbunyi
disambut dengan tingkah meruas
saya bernyanyi sampai di sini
mudah-mudahan hadirin semua
menjadi puas
(korus 2x)
lagu Melayu
pelipur hati
pelipur lara
cahaya manis kilau gemilau
di Kampung Tapir indah menawan
aku bernyanyi berzapin riang
moga hadirin aduhai sayang
jadi terkesan
kembanglah goyang atas kepala
lipatlah tangan sanggul dipadu
kita berdendang bersuka ria
lagulah zapin aduhai sayang
rentak Melayu
(korus 2x)
laksamana raja di laut
bersemayam di Bukit Batu
ahai hati siapa
ahai tak terpaut
mendengar lagu zapin Melayu
membawa tepak hantaran belanja
bertatah perak indah berseri
kami bertandak menghidup budaya
tidak Melayu aduhai sayang
hilang di bumi
petinglah gambus sayang langgam berbunyi
disambut dengan tingkah meruas
saya bernyanyi sampai di sini
mudah-mudahan hadirin semua
menjadi puas
(korus 2x)
Artikel bertajuk seperti di atas sebenarnya pernah aku terbitkan dalam blog ini pada bulan Februari 2006. Tetapi ketika itu aku hanya menyertakan lirik lagu tersebut sahaja tanpa menerangkan latar belakang lagu yang pernah menjadi kontroversi di Indonesia sekitar tahun 2005 ini. Aku sangat teruja untuk membicarakan serba sedikit sejarah lagu yang menceritakan kehebatan seorang pahlawan Melayu yang dikatakan bertanggungjawab membina bandar Bengkalis di Riau, Indonesia.
Bagi yang julung kali mendengar lagu ini sememangnya terasa seolah-olah pernah mendengar melodi yang seakan-akan dengan lagu ini. Memang benar. Sebelum lagu berentak zapin-dangdut ini mencipta fenomena di negara seberang, ianya telah pun dirakamkan di Malaysia dalam sebuah album Hari Raya dan dinyanyikan oleh Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini pada tahun 1996. Lagu yang bertajuk Nostalgia Aidil Fitri itu dicipta oleh Suhaimi Mohd. Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah di dalam rentak zapin. Bagaimanapun sebelum itu, lagu yang sama telah digunakan oleh Pak Ngah di dalam satu persembahan teater pada tahun 1993 tetapi bukan berkisah sambutan Hari Raya. Kita perhatikan lirik Nostalgia Aidil Fitri ini...
Tibanya syawal tanda ingatan
Ku kirim rindu di angin lalu
Kasih yang hilang ku hulur tangan
Di aidil fitri
Di aidil fitri ku pohon restu
Buat mu kasih di aidil fitri
Mengimbas daku kata-kata mu
Andai ku tiada di sisi mu lagi
Merendam doa
Merendam doa ikhlas dari mu
Sesaat takbir bergema
Selama itu dikau di hati ku
Doa ku kirim buat mu kasih
Di aidil fitri ikhlas dari ku
Di hening subuh di pagi raya
Doa ku pohon buat yang tiada
Airmata ku tabur bersama
Terkenang daku
Terkenang daku takbir bergema
Ku tunduk sujud buat mu kasih
Teringat daku kebesaran mu
Bulan ramadan terasa bersih
Di aidil fitri
Di aidil fitri kita bertemu
Selama hayat ku ada
Di hari yang mulia hari raya
Pada mu kasih di aidil fitri
Terkenang daku cinta yang satu
Ku kirim rindu di angin lalu
Kasih yang hilang ku hulur tangan
Di aidil fitri
Di aidil fitri ku pohon restu
Buat mu kasih di aidil fitri
Mengimbas daku kata-kata mu
Andai ku tiada di sisi mu lagi
Merendam doa
Merendam doa ikhlas dari mu
Sesaat takbir bergema
Selama itu dikau di hati ku
Doa ku kirim buat mu kasih
Di aidil fitri ikhlas dari ku
Di hening subuh di pagi raya
Doa ku pohon buat yang tiada
Airmata ku tabur bersama
Terkenang daku
Terkenang daku takbir bergema
Ku tunduk sujud buat mu kasih
Teringat daku kebesaran mu
Bulan ramadan terasa bersih
Di aidil fitri
Di aidil fitri kita bertemu
Selama hayat ku ada
Di hari yang mulia hari raya
Pada mu kasih di aidil fitri
Terkenang daku cinta yang satu
Pada tahun 1999, Pak Ngah melalui syarikatnya, Pak Ngah Production telah memberi keizinan kepada seorang penyanyi dangdut terkenal di Indonesia, Iyeth Bustami untuk merakamkan semula lagu berkenaan tetapi menggunakan senikata yang lain. Lirik bertajuk Laksamana Raja Di Laut ditulis sendiri oleh Iyeth dengan berpandukan syair dan pantun lama dari Bengkalis yang menceritakan keindahan lagu zapin sambil menyelitkan kisah seorang laksamana bernama Ali Akbar, dikenali sebagai pendekar yang menguasai laut bagi menahan lanun-lanun masuk ke perairan Bengkalis. Iyeth telah mendapat keizinan bertulis dari Yayasan Lembaga Adat Datuk Laksamana Raja Di Laut Kabupaten Bengkalis untuk menggunakan syair dan pantun tersebut di dalam lagunya. Masyarakat di Bengkalis percaya laksamana itu yang membina bandar mereka seterusnya dikebumikan di Bukit Batu apabila meninggal dunia. Makam laksamana tersebut masih kekal hingga ke hari ini. Iyeth Bustami mengubahnya semula dengan menambah elemen dangdut (zapin-dut) dan meletakkan NN (No Name) sebagai pencipta lagu tersebut pada kulit albumnya.
Perenggan berikutnya, kita akan mengenali serba sedikit siapakah penyanyi sensasi ini. Iyeth Bustami yang memiliki nama sebenar Sri Barat adalah anak Melayu yang berasal dari Kabupaten (Daerah) Bengkalis, Provinsi (Wilayah) Riau. Untuk makluman Riau, Kepulauan Riau serta pulau-pulau sekitarnya pernah menjadi sebahagian daripada Empayar Kerajaan Johor-Riau-Lingga beberapa ratus tahun dahulu. Penyanyi yang mendapat jolokan sebagai Siti Nurhaliza Indonesia kerana kecenderungannya membawa lagu-lagu berentak irama Melayu ini adalah satu-satunya penyanyi yang berasal dari Riau yang terkenal di Indonesia. Dia menjadi kebanggaan masyarakat Melayu di Provinsi Riau, khususnya Kabupaten Bengkalis dan Kabupaten Siak Sri Indrapura. Dikhabarkan, dek popular dan bangganya orang-orang di sana terhadap lagu ini, setiap teksi memiliki kaset atau CD Iyeth Bustami dan memutarkan lagu Laksamana Raja Di Laut berulang-ulang kali! Sebelum lagu Laksamana Raja Di Laut popular di seluruh pelusuk Nusantara, hanya lagu Lancang Kuning nyanyian Eddy Silitonga sahaja yang 'mewakili' Riau dan dikenali ramai. Dengan berbekalkan populariti lagu Laksamana Raja Di Laut, Iyeth berjaya menggondol beberapa anugerah sekitar negaranya selain popular sebagai penyanyi dangdut sehingga membawanya ke Singapura dan Negara Brunei Darussalam. Bagaimanapun di Malaysia, namanya agak asing.
Kontroversi lagu ini bermula apabila seorang pencipta lagu bernama Nurham Yahya juga dari Bengkalis mengaku bahawa lagu tersebut adalah ciptaannya. Dia memfailkan saman sebanyak Rp. 10 miliar ke atas Iyeth Bustami atas tuduhan mencuri hasil kerjanya. Belum pun reda kes itu, muncul seorang lagi bernama Reza Pahlevi dengan alasan yang serupa. Sebelum itu, Pak Ngah cuba menjejaki Iyeth tetapi gagal sebelum mereka akhirnya bertemu di Bandar Seri Begawan. Tujuan Pak Ngah bukanlah menuntut wang royalti tetapi atas niat untuk menyumbangkan lagu dan kekagumannya terhadap Iyeth yang berusaha keras mengangkat martabat seni Melayu di Indonesia. Kemuncak terhadap kes saman-menyaman ini adalah apabila Iyeth Bustami menampilkan Pak Ngah sebagai saksi utama di satu sidang akhbar di Jakarta bahawa dia bukanlah pencuri lagu seperti yang dimaksudkan.
Sudah terlanjur bercakap mengenai Riau, mari kita selusuri serba sedikit mengenai provinsi yang terletak di Sumatera ini. Ibu negeri bagi wilayah ini ialah Pekanbaru, berkeluasan 111.228,65 kilometer persegi (saiznya kecil sedikit berbanding Sarawak) dan mempunyai jumlah penduduk kira-kira 5.3 juta jiwa (2003). 88% penduduknya beragama Islam dan etnik Melayu merupakan kaum majoriti selain etnik Minangkabau, Bugis, Makassar, Jawa, Banjar, Batak, Mandailing dan Cina. Bahasa pertuturan rasminya ialah Bahasa Melayu selain Bahasa Indonesia. Paling penting untuk diketahui, Bumi Lancang Kuning ini dianggap tempat kelahiran Bahasa Melayu! Bahasa Melayu Riau telah dijadikan Bahasa Melayu Piawai seperti yang telah dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Selat Melaka dan Selat Singapura terletak di sebelah utaranya manakala di sebelah selatan terletaknya Selat Berhala dan Provinsi Jambi. Provinsi Kepulauan Riau (keluar dari Riau dan menjadi wilayah berasingan pada 2004) dan Laut China Selatan terletak di sebelah timur sedangkan di sebelah barat berbatasan dengan Provinsi Sumatera Barat dan Provinsi Sumatera Utara. Wilayah yang kaya dengan hasil bumi dan minyak ini mempunyai 11 buah kabupaten/kota. Selain Bengkalis, kabupaten lain termasuklah Siak, Kampar, Rokan Hulu & Hilir, Inderagiri Hulu & Hilir serta Kota Dumai.
Aku telah memiliki album penuh Iyeth Bustami ini lama dahulu tetapi sayangnya hanya lagu Laksamana Raja Di Laut sahaja yang boleh 'masuk' ke telinga dan jiwaku. Lagu-lagu lain ada juga yang baik tetapi tidak dapat menandingi lagu ciptaan Pak Ngah itu seperti Tanjung Katung, Laila Canggung dan Ijuk. Lagipun bau dangdut yang meresapi keseluruhan konsep album menyebabkan aku agak 'kureng'. Para pengunjung blog Andhika Tharuna boleh menonton klip video bagi lagu yang kurasakan memiliki komposisi melodi dan lirik yang amat menarik ini melalui 'link' di bawah. Ada persamaan klip video ini dengan klip video Badarsila dan Nirmala oleh Siti Nurhaliza dari banyak segi termasuklah teknik pengarahan, solekan, busana dan tariannya...
12 Comments:
At 12:37 AM , apapaaje said...
very the buku sejarah artikel ko ni nok :P ehehe...tp bagus n sgt informatif.
At 5:28 AM , andhika tharuna said...
hahaha... mari belajar sejarah denganku! pengerasnya blanja kat secret recipe seumur hidup jer! :)
At 10:28 PM , tasnim orang kaya said...
kelass ulos... tambah 1 lagi pegetahuan... 4 yr info, pak ngah tu 'atok sedara' i huhuhu
At 3:10 AM , andhika tharuna said...
so u ni cucu sedara pak ngah ler ek? panggil dia tok ngah ker?
At 12:17 PM , Adi Osman said...
nice article!
but this song....i knew it! penah buat show guna lagu ni.....
kalau tak salah, m daud kilau pun ada nyanyi semula lagu ni.....
At 5:41 PM , andhika tharuna said...
yup lagu ni dah lama dah tapi tak ramai sgt org tau. m. daud kilau pernah bawak lagu ni. skrg ni usaha cari perigi biru - kamariah noor...
At 3:50 PM , Rush Murad said...
sukalah baca kisah2 sejarah ni.... rajin buat research, jadi blog yg lebih berkualiti... input menarik.
email kat aku ek lagu ni, bole?
At 4:09 PM , andhika tharuna said...
terima kasih. nanti aku emelkan lagu nie... :)
At 10:28 AM , Adi Osman said...
lagu ni boleh jumpa kat www.multiply.com
zapindut katanya....heheheheh
At 11:53 AM , andhika tharuna said...
yup tau... aku ada full album dia kalo ko nak...
At 6:39 PM , Bangasbersorak said...
macam dah lurus..aje cakap kau wak....mike kalau sampai ke kempung habis kene plasah orang kampung...jege cakap sikit
At 11:31 AM , Unknown said...
bukit batu kan kat johor, camana plak dia bersemayam kat johor. tanye je
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home