Dari Meja Pengarang
Pagi tadi aku bersarapan di kedai mamak di hadapan rumah. Telur separuh masak 2 biji dan roti canai kosong 2 keping. Airnya milo tarik. Aku paksa semua makanan itu masuk ke dalam perutku padahal kerongkongku seolah-olah tidak mahu menerimanya. Aku tinggalkan komputer ribaku di rumah tanpa menutupnya. Alah sekejap sahaja aku keluar. Terjerit-jerit suara Anuar Zain melantunkan lagu-lagu dari album barunya agaknya. Tiada siapa yang mendengar, kalau ada pun jiranku yang berbangsa Cina. Aku jatuh cinta dengan album terbaru milik penyanyi berasal dari Melaka ini terutama lagu Tinggalkan Aku. Ada satu tarikan supaya aku mendengar lagu tersebut berulang-ulang kali. Tapi harus diingat, liriknya tiada kaitan dengan diriku walaupun ada sebaris dua ayatnya boleh dikaitkan dengan kisah diriku...
Sendiri aku menahan pedih ini
Hilang semua rasa
Habis begitu saja
Untuk bersama buat selamanya
Katamu dia yang lebih sempurna
Dialah di jiwa, dia lafaz asmara
Bisikan kata-kata akhirmu itu menusuk jiwaku
Kini kau datang untuk kembali padaku
(korus)
Pergi sudah tinggalkan aku
Ku tak ingin engkau ada
Kembali lagi ke dalam cerita hidupku ini
Ku bahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya aku
Tanpamu ku temukan sinarnya
Bisikan kata akhirmu itu
Menusuk jiwaku
Kini kau datang kembali padaku lagi
Pergi sudah tinggalkan aku
Tak ingin engkau ada
Kembali lagi ke dalam cerita hidupku ini
Ku bahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya
Tanpamu ku temukan sinarnya
Usah lagi kau guris hatiku
Ku tak mahu lagi merasakan hadirmu dalam duniaku
Pergilah dari hidupku
Oooooo...Tak ingin kau ada
Kerana tanpamu ku temukan sinarnya
11 Comments:
At 10:23 AM , Wanpetunjuk said...
Salam bro...payung tu macam kenal jeak...cantikkan...bukan yang atas gobok tu ke??
Apa2pun, trima kasih atas ucapan tahniah tersebut...
Happy working!!!
At 10:33 AM , andhika tharuna said...
salam graduasi!
aahh ler macam kenal ler payung tu, tapi di mana ya?! hehehe... kan ada 2, satu atas 'gobok', satu lagi kat bilik... :)
selamat bertugas jugak!
At 2:28 PM , Adi Osman said...
konsep payung katanya!
parti bebaskah?
At 9:30 PM , Zuki Zain said...
selamat berkerja dan jaag kesihatan selalu!
At 10:38 AM , Rush Murad said...
demam lagik ker? apasal cerita payung plak? kami berdua terpaksa berjalan beberapa km dgn berpeluh2 utk mencari souvenir yg paling sesuai utk korang... akhirnya di tepi jalanraya itu, ada nyonya menjual payung dalam gelap malam... tanpa fikir panjang, terus menanyakan kepada buah hati di sebelah "sayang, cantik tak payung ni? sesuaikan kita beri pada aidil coz dia suka benda2 macam nih"... si sayang hanya mengangguk setuju sambil tersenyum simpul... aaahhh... saat2 indah di phuket! (lari tajuk ker????)....
At 12:37 PM , andhika tharuna said...
naper asyik citer pasal payung dr phuket jer ni? apa2 pun, aku suka banget dpt payung tu! setiap kali si tepak sireh ni pi mana2 mesti tak lupa beli ole2 utk aku. terima kaih byk2...
At 12:42 PM , tasnim orang kaya said...
salam perkenlan mr.andhika tharuna... masih ingat pada ku? huhuhu...
anyway selamat bertugas kembali....
At 12:44 PM , Orlando Bloom said...
salam perkenalan... hmmm sedang kecewa ker?? tapi tabah ker?? dah ada pengganti ker??
At 2:47 PM , andhika tharuna said...
selamat datang menjengah blogku ini wahai cik tasnim n mr.beruang madu! tuan punyer blog ni tak kecewa pun, gumbira sentiasa... :)
At 4:53 PM , Adi Osman said...
andhika ini sakit kah yang depa dok tanya memacam ni? cek tengok kalau kelibat kat alamanda tu nampak ok sajer! ke cek salah orang?
At 5:09 PM , andhika tharuna said...
saperlah insan bertuah yang hang sangka andhika tharuna kat alamanda tu ek? ermmm... :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home