andhika | tharuna

"sekelumit kisah [ SUKA & DUKA ] anak penghujung benua"

Thursday, September 29, 2005

Anggun Cipta Sasmi

Siapakah Anggun?

Image hosted by Photobucket.com
Anggun atau nama sebenarnya Anggun Cipta Sasmi merupakan anak kelahiran Kota Jakarta pada 29 April 1974. anak kedua kepada penerbit & penyanyi terkenal di Indonesia, Darto Singo, manakala ibunya pula berdarah bangsawan Jawa. seawal umur 7 tahun, Anggun telah merakamkan album kanak2. ketika dia berusia 12 tahun, album berunsurkan rock "Dunia Aku Punya" meluaskan pengaruh Anggun sekitar Nusantara. dia kemudiannya mengeluarkan album2 rock yang memahatkan namanya sebagai penyanyi rock yang disegani sebaris nama2 Nike Ardilla, Nicky Astria & Poppy Mercury. antara album2 tersebut termasuklah "Tua2 Keladi" pada tahun 1990, "Anak Putih Abu2" (1991), "Noc Turno" (1992) dan "Anggun C. Sasmi... Lah!" (1993). Anggun bertemu jodohnya Michel Georgea ketika konsertnya di Kalimantan yang kemudiannya membawanya berpindah ke Eropah.

1994, maka bermulalah era Anggun di pentas antarabangsa. London dan kemudiannya berpindah ke Paris, Anggun dipertemukan dengan pemuzik & penerbit Perancis, Eric Benzi. pada 1997 terlahirlah album antarabangsanya yang pertama, "Au nom de la lune" mengandungi lagu2 dalam bahasa Perancis, Inggeris & 2 lagu berbahasa Indonesia. melalui lagu "La neige au sahara" yang terkandung di dalam album tersebut melonjakkan nama Anggun di persada muzik Eropah dan menjuarai beberapa carta muzik utama di sana selama beberapa minggu. album "Au nom de la lune" terjual sebanyak 150,000 unit di Perancis & Belgium dan 100,000 unit di bumi kelahirannya, Indonesia! album ini kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris untuk pasaran global yang menyaksikan lagu "Snow on the Sahara" menggegarkan industri muzik dunia buat seketika!


Luminescence

Image hosted by Photobucket.com
Luminescence - buah tangan terbaru dari Diva Indonesia - Anggun Cipta Sasmi! mengandungi 14 buah lagu, antaranya Undress Me, In Your Mind & Captivity. In Your Mind sarat dengan instrumen etnik, satu trademark yang dibawa oleh Anggun sejak album Snow on the Sahara lagi. bunyi ketukan tabla Afrika, disalut dengan aroma padang pasir dan tidak lupa seruling India. sungguh menghiburkan!

Image hosted by Photobucket.com


In Your Mind

I don't want to believe
And i don't want to live
By the excuses
Of your weakness

`cause a woman should do
What she wants to do
There is no reason
For your shallow aggravation

Nothing wrong with this dress I wear
Nothing wrong with this smile I dare
Nothing wrong with my long back hair
I'ts all in your mind, in your mind

Nothing wrong with this legs you see
Nothing wrong with this lean body
And nothing wrong with the woman in me
Its' all in your mind, in your mind

I just want to be sure
Don't want anymore
You're calling out names
Oh what a shame

Just open your mind
Then maybe you'll find
That there's no reason
For your shallow aggravation


This is the time
To change your mind
There's still a chance
To change your mind
It's plain to see
From anywhere that the only thing wrong
Is your irritating mind

Wednesday, September 28, 2005

Binaan Menarik di Putrajaya!

Image hosted by Photobucket.com
Mercu Tanda di Taman Putra Perdana

Image hosted by Photobucket.com
Menara Pemerhati di Taman Wetland

Image hosted by Photobucket.com
Taman Botani

Image hosted by Photobucket.com
Masjid Putra

Image hosted by Photobucket.com
Jambatan Seri Gemilang & Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Image hosted by Photobucket.com
Palaca of Justice di waktu malam

Pontianak Harum Sundal Malam 2

Image hosted by Photobucket.com

LONDON: Aktres Maya Karin (gambar) sekali lagi menggondol anugerah Pelakon Terbaik, kali ini di Festival Filem Seram dan Fantasi Antarabangsa Estepona di Malaga, Sepanyol, menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 (PHSM2).

Filem itu turut memenangi anugerah Sinematografi Terbaik dalam festival empat hari, berakhir kelmarin.

Ini adalah anugerah kedua selepas Maya dipilih sebagai Aktres Terbaik menerusi filem PHSM yang pertama di Festival Filem Asia Pasifik di Fukuoka, Jepun, tahun lalu.

Bagaimanapun, kejayaan di Estepona ini lebih bermakna kerana Maya terpaksa bersaing dengan pelakon wanita serta lelaki.

Dua puluh dua filem seram dari seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan negara Amerika Latin menyertai pesta tahunan ini.

Pengarahnya, Shuhaimi Baba, berkata pihaknya tidak menyangka memenangi dua anugerah kerana keputusan untuk memasukkan PHSM2 dalam pertandingan itu dibuat pada saat akhir.

Beliau berkata, Maya yang bertanding dengan pelakon seperti Rena Rissel dalam filem Infection dari Amerika Syarikat, berjaya menarik perhatian juri.

Pemandangan indah di Malaysia yang dipaparkan dalam PHSM1 dan PHSM2 juga menjadi tarikan penonton luar negara. Hadir sama pada pesta itu ialah Penerbit Eksekutif, Aida Fitri Buyong, dan Penerbit Bersama, Kavita Sidhu.

Sementara itu, Shuhaimi yang dihubungi dari Kuala Lumpur, pula menjelaskan pihaknya hanya menghantar versi PHSM2 yang belum siap sepenuhnya atau ‘rough cut’.

Artikel ini dipetik daripada Berita Harian keluaran 12 September 2005



Lirik Lagu KuSeru

Lagu Tema PHSM II " KU SERU "
Nyanyian : MISHA OMAR
Pencipta : AJAI
Adunan Akhir : ROSLAN AZIZ
Penulis Lirik : SHUHAIMI BABA & HABSAH HASSAN
Hakcipta : PESONA PICTURES & SONY BMG

Ku Membayangi...Jiwa Hatimu
Tapi Perpisahan Menunggu
Ku Ingin Membelaimu
Namun Kasihku Tiada Restu

Diri Begini...Kerna Selama
Ditinggalkan Marah Sengsara
Hingga Hilang Terlupa
Siapa Aku Sebenarnya Sayang...

Oh..Dengarlah Sayu Tangisanku
Mengapa Degupanmu Ku Seru
Kerna Kesepian nan Terlalu
Kembalikan Hidup Yang Ku Rindu

Oh..Dengarkah Sunyi Tangisanku
Kau Tahu Ku Amat Menyayangimu
Oh Pergilah Kau Bukan Milikku
Pulang Pada Yang Mengasihi... Dirimu...
( Kau Ku Seru...Kesepian Berlalu...Maafkan Daku )

Sampai Disini
Ku Lepas Kau Pergi
Biar Ku Damai Bersemadi
Lukamu Ku Mengerti
Kan Ku Hilangkan Derita...Ini...


Image hosted by Photobucket.com
ermm kali ni hero pontianak bertukar milik Rusdi Ramli, pelakon yang terkenal di layar kaca yang kini buat pertama kali memegang watak penting dalam sebuah filem. antara drama terawal Rusdi ialah Pendekar bergandingan dengan Raja Azura atau Kak Engku. anak kepada pelawak dan pelakon Norliah Ramli ini nampaknya bakal membuktikan pemilihannya sebagai hero oleh Suhaimi Baba tidak sia2...

sila layari http://www.pontianakhsm2.com/

Tuesday, September 27, 2005

Berusaha Tangga Kejayaan!

Image hosted by Photobucket.com