Dari Puncak Ingin Ke Angkasa!
Aga kareba?
Aku memesan roti canai kosong dan air tongkat ali. Nak tambah tenaga! Sebenarnya aku jarang berkunjung ke kedai mamak selain untuk makan roti canai sahaja. Perutku alah pada masakan mamak, almaklumlah kebanyakan masakan mereka berencahkan kari. Lagipun bukan elok sangat pun makan di kedai mamak. Macam-macam cerita buruk mengenai kedai mamak pernah kudengar.
Dulu heboh kisah pembuat roti canai di kedai ini menguli tepung menggunakan kaki! Satu lagi cerita juga mengenai pembuat roti canai yang keluar tandas tanpa mencuci tangan dan terus menyambung menguli tepung. Terbaru sekali, aku ada menerima e-mel mengenai satu kejadian di sebuah kedai mamak di Shah Alam di mana seorang pelanggan ternampak seorang pekerja di kedai terbabit mengendong anak anjing. Bila ditanya pada pekerja tersebut mengenai agamanya, dia menjawab bahawa dia bukan Muslim! Setelah diselidik, bos kedai itu mengakui tidak semua pekerjanya beragama Islam waima ayat-ayat suci Al-Quran memenuhi segenap ruang restoran! Oleh itu berhati-hatilah...
Oh ya, bagi penggemar Mee Rebus Hj. Wahid yang amat popular di Johor, jangan lupa singgah ke gerai tersebut yang baru dibuka di medan selera berhampiran kedai mamak di Presint 9. Memang lazat! Kalau nak merasa Mee Bandung Muar pula, silalah ke Bangi tidak jauh dari UNITEN dan Putrajaya Gate 1. Udang besar-besar beb...
Azan Maghrib sudah kedengaran. Aku meredah hujan lebat untuk kembali ke rumah sambil memandu kereta dengan berhati-hati. Bila hari hujan, permukaan jalan menjadi licin. Kadangkala tayar kenderaan menjadi tidak terkawal apabila dipandu laju. Radio yang tadi kututup sementara bagi menghormati waktu Maghrib kubuka semula. Lagu Gemuruh dari Faizal Tahir berkumandang...
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Bagus sangat lagu ni! Lagu yang meniup semangat! Teringat ketika mengikuti Kem Motivasi di zaman persekolahan dulu. Salah seorang penceramah pada waktu itu ada mengatakan lagu boleh dikelaskan kepada 2 kategori. Pertama lagu yang bersifat positif dan yang kedua ialah lagu yang bersifat negatif. Penceramah itu memberi contoh lagu Sheila Majid berjudul Hitam Putih Kehidupan sebagai lagu yang dikelaskan pada kategori pertama. Mengapa? Cuba kita dengar lagu tersebut dan hayati liriknya...
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapilah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untuk mu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan
Hanya mampu berserah
Ingin sekali bertemu
Untuk melepas rindu
Masih tertanam kini
Hatimu di hatiku
Malam yang sepi begini
Gementar hati ini
Ingin kuhapus namamu
Tapi tak berupaya
Bilakah dapat bertemu
Dengarlah rayuanku
Hati bergetar (bergetar)
Jantung berdebar (berdebar)
Setelah diteliti betul-betul, barulah kufahami apa yang dimaksudkan dengan lagu bersifat positif dan negatif seperti yang cuba disampaikan oleh si penceramah. Renung-renungkan...
9 Comments:
At 12:46 AM , apapaaje said...
mee rebus hj wahid kat putrajaya tu tak sedapla nok!
dh 2 x aku mkn situ. :P
At 12:53 AM , andhika tharuna said...
hahaha... aku makan ok jer?! tapi lagik sedap kat angsana n komtar jb ler...
At 7:48 AM , Edika said...
Hmm..
Best nyer...
Bolehla bawa jalan & makan2 nanti....
At 8:45 AM , andhika tharuna said...
insyaallah... boleh jer! :)
At 9:16 AM , Adi Osman said...
ye haji wahid kat jb lagi sedap! tapi kalau nak mee bandung muar, ada kat kajang utama....meleleh makan....pergghhh
At 9:50 AM , andhika tharuna said...
nanti leh pekena gak tu sesekali rasa mee bandung kajang tu! hj. wahid ada cawangan gak kat hartamas...
At 11:10 AM , Adi Osman said...
mai la kajang utama kalo nak rasa...mee bandung muar abang zack tajuknye! hiks.....
At 10:15 PM , tasnim orang kaya said...
emmmr bestnya mee rebus, lapar la pulak..
At 3:11 AM , andhika tharuna said...
suruh ler chef kawejauh masakkan. dia kan pakar masak-memasak ni... hehehe... :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home