andhika | tharuna

"sekelumit kisah [ SUKA & DUKA ] anak penghujung benua"

Thursday, June 30, 2005

Savvy, MyVi atau Mawi?


konsert af3
Originally uploaded by andhika tharuna.
buat kengkawan semua, sori bebanyak coz dah lama sangat tak update blog aku ni, sibuk memanjang... aku pun takde latest picture, ni yang terbaru. gambar2 masa pi tengok konsert akademi fantasia 3 minggu ke 3... masa fuad terkeluar. kesian fuad, he's very talented singer! nak buat camner, kuasa pemilihan terletak 100% peratus kat tangan penonton. ada peserta lain yang lebih layak dikeluarkan dulu. minggu lepas peserta favourite, idayu mengikut jejak fuad & eliza. minggu ni tak tau sapalah pulak yang mengusung bagasi kuar dari akademi... oohh ya, kali ni kosert kelima diadakan kat dataran putrajaya, presint 3... berhadapan dengan palace of justice & bangunan pjc. ada gak kengkawan ofis buat lawak bodoh. orang lain tengah sibuk nak tukar keta savvy atau myvi, dia lak mencelah, "aku nak tukar keta mawi!", tulah penangan anak jati kulai, johor ni! sampaikan kat dalam mesyuarat pun nama mawi boleh terselit. minggu lepas ada staf baru masuk, perkenalkan diri dalam mesyuarat... lepas tu staf2 lama kenalkan diri masing2 lak. bila sampai giliran aku, dia tanya aku, "orang johor ker? dekat ngan umah mawi tak?!". astaga! semua dalam bilik mesyuarat tergelak besar!
mawi

Thursday, June 16, 2005

Legaran Segget

legaran segget

legaran segget
Originally uploaded by andhika tharuna.
tarikan terbaru ke bandaraya johor bahru! ermm... macam tak cayer jer legaran segget ni dulunya sungai segget yang terkenal seantero malaya sebagai antara salah satu sungai paling tercemar! projek bernilai jutaan ringgit ni menutup sungai segget yang mengalir lesu bagi merealisasikan legaran segget. sebelum ditutup terdapat sebuah medan selera yang amat popular di kalangan penduduk jb di tebing sungai ni. medan selera ungku puan atau lebih glamer dengan panggilan hard rock! macam2 jenis makanan ada kat sini... laksa johor, mee rebus, mee bandung, otak2... tapi ada gak yang tak selera duduk makan kat sini sebab tikus2 sebesar saiz kucing tanpa rasa takut dan segan silu sibuk berkeliaran mencari rezeki! hehehe... tapi sekarang situasi macam tu dah takde sejak projek legaran segget ni siap. memang happening! bab makanan kira oklah... haritu aku cuba pekena mee rebus kat situ. harga kira berpatutan ler... rasa? ermmm... masih tak boleh lawan mee rebus hj. wahid atau pun mee rebus stulang!
legaran segget

Monday, June 13, 2005

Sulaman Tekat Teluk Belanga


sulaman tekat
Originally uploaded by andhika tharuna.
salam isnin. rasa cergas lak harini walaupun sampai kl dah lewat malam tadi. seronoknya dapat balik kampung tapi rasa sekejap sangat, macam nak sambung cuti jer... kat kampung memacam benda gak aku buat. tengah kemas2 barang2 lama, aku terjumpa salah satu koleksi antik simpanan aku. sulaman tekat peninggalan arwah nenek yang berusia lebih 200 tahun! sulaman tekat ni berasal dari teluk belanga, singapura. ianya berbeza dengan sulaman2 tekat yang lain kerana material utama yang digunakan ialah kulit kambing yang direndam di dalam air perada (emas). sebelum dijahit di atas kain baldu menggunakan benang emas, ianya terlebih dahulu dipotong mengikut corak yang dikehendaki. serpihan cermin kaca digunakan bagi menambah seri sulaman tekat. ada beberapa lagi koleksi sulaman tekat pada aku tapi ini yang paling tua dan paling unik. panjangnya kira2 3 depa dan digunakan sebagai hiasan pada peterana (pentas) pelamin. masyarakat di teluk belanga pada masa lalu ialah orang2 melayu yang kebanyakannya mempunyai hubungkait rapat dengan kerajaan johor-riau. teluk belanga sendiri pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan johor-riau sebelum berpindah ke tanjung puteri (sekarang johor bahru). antara warisan teluk belanga yang kekal sehingga ke hari ini ialah baju kurung teluk belanga yang menjadi identiti masyarakat johor.

Friday, June 10, 2005

Adik


adik
Originally uploaded by andhika tharuna.
ni dia kucing kesayangan aku kat kampung! baka tempatan jer. citer pasal kucing ni, aku tokleh ingat satu insiden yang menimpa aku awal bulan mei yang lepas. masa tu aku dalam perjalanan pi jalan bukit bintang dalam hujan lebat. aku singgah shell kat situ nak isi minyak. sebelum sampai shell, aku nampak satu skuter yang penuh ngan kucing dalam ujan lebat tu. eh! aku kenal ler orang tu, dia ada kuar dalam majalah mastika! maskot bukit bintang! jerit aku ngan 2 orang member yang ada dalam kereta. secara kebetulan si penunggang skuter tu ngan kucing2 nyer pun singgah di stesyen minyak tu jugak, mungkin sebab nak tunggu hujan teduh kot... aku tengok ramai orang kat situ memandang kucing2 tu dgn penuh minat & excited sekali! lepas isi minyak, aku cuba mendekati kucing2 tu... tup2 dgn tak disangka2, owner kucing tu menengking aku dgn suara yg amat keras. DON'T DISTURB! terkejut aku! apa salah aku? aku baru nak tegur jer kucing2 dia dah kena herdik macam tu sekali?! masa tu aku rasa malu sgt, org sekeliling semua pandang aku. kawan2 aku yg berada kat kereta pun tercengang. kalau tak beri sentuh atau tegur kucing2 dia pun, janganlah sampai macam tu sekali marahnyer... kita kan rakyat malaysia, terkenal ngan adab sopan... tak boleh ker tegur dgn secara baik? ermmm... nilah orang kita, baru terkenal sikit, hidung dah tinggi sejengkal...

PICC


PICC
Originally uploaded by andhika tharuna.
pusat konvensyen antarabangsa putrajaya di bina sebegitu rupa diilhamkan dari rekaan pending atau kerongsang perak & wau bulan

Tuesday, June 07, 2005

Laman Seni Kuala Lumpur

female bagi penggemar2 seni tanahair sekarang berlangsung program laman seni kuala lumpur yang diadakan setiap sabtu minggu pertama di balai seni lukis negara. banyak gak acara menarik, salah satunya... artis dalam peti! gambar2 ni diambil dalam peti tu ler... nama artis nyer aku lupa lak! topeng2 ni hasil kerja seni mamat tu, guna material plaster of paris. for further information, surf this page... http://artgallery.org.my male

The Most Southern Tip of Mainland Asia!

tanjung piai 2wah! bangganya dapat sampai kat sini! nilah tanah paling hujung benua asia! apa yang menarik kat sini selain lokasinya, di sinilah terletaknya taman negara tanjung piai yang mengandungi salah satu hutan paya bakau terbesar di dunia! lagi satu, bila dah sampai kat tengah2 jeti, kita sebenarnya berada di penjuru 3 negara, malaysia di sebelah utara, singapura di sebelah tenggara manakala gugusan kepulauan indonesia di sebelah barat daya!tanjung piai 1

Monday, June 06, 2005

My Dearest Mum

Gambar terbaru bersama ibu tercinta...


Originally uploaded by andhika tharuna.

Menjejaki Kellie's Castle

kellie's castleTak ramai masyarakat kat Malaysia yang mengetahui kewujudan istana yang dibina lambang cinta seorang suami terhadap isterinya ni yang terletak di dalam kawasan Batu Gajah, Perak. Hasrat nak menjejaki bangunan separa siap ni hanya termakbul awal tahun lalu setelah mengidamnya sejak di bangku sekolah lagi. Sayang sekali, istana yang mula dibina 1909 ini tidak dapat disiapkan dan akhirnya terbengkalai pada tahun 1926 setelah William Kellie Smith, jutawan Scotland, meninggal dunia.kellie's castle

Danga Bay

Rasa-rasanya inilah tempat paling 'happening' kat JB sekarang ni. Projek Danga Bay merupakan antara projek mega yg mengambil masa 15 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Tapi dinasihatkan janganlah makan kat sini, mahalnya... lebih baik makan kat Singgah Selalu kat depan Danga Bay nie...

danga bay
Originally uploaded by andhika tharuna.

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Dari Jejantas KLCC


dari jejantas klcc
Originally uploaded by andhika tharuna.
Pemandangan bandaraya metropolitan Kuala Lumpur jelas kelihatan dari jejantas KLCC yang terletak di tingkat 41 & 42. Apa yang menariknya, kawasan perkuburan yang menempatkan pusara seniman agung tanahair dan biduanita negara, Saloma boleh dilihat dari sini...

Dengan Lafaz Bismillah...

Assalamualaikum, salam sejahtera pembuka bicara,
Tanda pengenalan untuk bercerita,
Andhika Tharuna nama tertera,
Nama di reka semata-mata...