Salam Aidil Adha & Selamat Hari Lahir

"sekelumit kisah [ SUKA & DUKA ] anak penghujung benua"
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapilah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untuk mu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan
Katamu dia yang lebih sempurna
Dialah di jiwa, dia lafaz asmara
Bisikan kata-kata akhirmu itu menusuk jiwaku
Kini kau datang untuk kembali padaku
(korus)
Pergi sudah tinggalkan aku
Ku tak ingin engkau ada
Kembali lagi ke dalam cerita hidupku ini
Ku bahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya aku
Tanpamu ku temukan sinarnya
Bisikan kata akhirmu itu
Menusuk jiwaku
Kini kau datang kembali padaku lagi
Pergi sudah tinggalkan aku
Tak ingin engkau ada
Kembali lagi ke dalam cerita hidupku ini
Ku bahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya
Tanpamu ku temukan sinarnya
Usah lagi kau guris hatiku
Ku tak mahu lagi merasakan hadirmu dalam duniaku
Pergilah dari hidupku
Oooooo...Tak ingin kau ada
Kerana tanpamu ku temukan sinarnya
2 Disember 2007 bersamaan 22 Zulkaedah 1428. Lokasi, Rasa Food Arena, tingkat 4, Suria KLCC. Jam menunjukkan hampir ke pukul 2 petang. Waktu puncak bagi semua orang mengisi perut masing-masing. Pelbagai jenis hidangan disediakan, dari selera tempatan hingga ke juadah dari Barat. Semua meja nampaknya penuh dengan manusia yang sedang enak menikmati selera masing-masing tanpa mempedulikan orang yang lalu-lalang mencari tempat duduk.
Eskalator dari tingkat 3 bergerak perlahan-lahan ke atas, juga sesak dengan manusia yang mahu ke
Kini tiba saatnya mencari tempat duduk! Ya, ada 1 meja kosong di sebelah tiang besar berhadapan kaunter minuman. Lokasi tersebut bukanlah pilihan terbaik mereka tetapi apakan daya meja yang ‘strategik’ nampaknya sudah berpenghuni. Suapan demi suapan di halakan ke mulut diselang-selikan dengan celoteh dari 2 teman sejak di kolej itu. Almaklumlah mereka sudah lama tidak ketemu walaupun rumah masing-masing di dalam mukim yang sama. Banyak cerita menarik yang ingin disampaikan. Sesekali kedengaran hilai tawa, ada kisah lucu barangkali. Dari satu topik ke satu topik dibualkan, daripada perihal di pejabat membawa ke dunia hiburan hinggalah ke isu-isu global. Mereka menghabiskan masa lebih setengah jam di
Sementara menunggu temannya membeli-belah, lelaki bertubuh kurus tinggi mundar-mandir di bahagian pakaian sukan. Niatnya untuk membeli seutas jam tangan Casio telah pun termakbul sebelum makan tengahari dan tidak ingin membeli-belah lagi. Nafsu untuk ‘shopping sakan’ harus ditutup serapat-rapatnya. Jika tidak hujung bulan dia akan makan nasi berulamkan garam dan kicaplah gamaknya! Tiba-tiba ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Dia terus menyeluk kocek seluar kanan dan kiri. Alamak! Jeritnya di dalam hati. Ya, telefon bimbitnya tiada di dalam kocek seperti selalu. Dia gelabah tak menentu. Dia menyelongkar beg plastik yang dijinjitnya dari tadi tetapi hampa. Memang sudah pasti telefon bimbitnya telah hilang. Kemanakah ianya pergi? Tercicirkah? Atau dicuri oleh penyeluk saku? Tanpa berfikir panjang dia terus mencari temannya. Dengan bantuan telefon bimbit temannya. dia mencuba menghubungi telefonnya yang hilang tetapi gagal kerana ianya telah dimatikan…
Kelihatan kelibat tuan empunya telefon bimbit berjalan pantas sambil diiringi temannya menuju ke
4 Disember 2007, hari ketiga selepas kisah cuai si lelaki kurus berlaku. Dia mendapat kembali nombor telefon bimbitnya setelah membuat aduan di pusat perkhidmatan pelanggan Maxis. Buat sementara dia memakai telefon bimbit usang yang hampir-hampir rosak miliknya. Nasibnya agak baik, walaupun sudah buruk, telefon tersebut masih boleh digunakan lagi walaupun kadangkala ianya mati sendiri...
Dengarkanlah aku cinta
Ingin aku
Selalu menjaga dirimu
Menemani di setiap waktu
Dengarlah sayangku
Tiada yang lain saat ini
Engkaulah yang ada di hati
Duhai kekasihku hanyalah dirimu yang kumau
Tiada yang lain di hati
Selamanya hanya dirimu
Dengarlah puisi yang akan aku berikan
Ungkapan hatiku
Tiada yang lain yang bisa keberikan
Hanyalah cintaku
Aku ingin menemani harimu
Yang mencoba mengisi rasa kesepian di hatimu
Sampai nanti hanya selalu namamu
Selalu namamu yang ada di lubuk hatiku