andhika | tharuna

"sekelumit kisah [ SUKA & DUKA ] anak penghujung benua"

Friday, December 15, 2006

Ruqaya al-Ghasara

"Saya bersyukur kerana menjadi seorang Islam. Ini satu anugerah. Pencapaian saya ini adalah satu kejayaan kepada wanita arab, dunia Arab, Islam dan wanitanya. Memakai pakaian bertutup sebenarnya telah mendorong saya. Ia bukan halangan. Secara bertentangan ini menggalakkan berusaha lebih. Memakai hijab membuktikan wanita Islam masih tiada halangan. Kenyataannya ia menggalakkan mereka terbabit dalam sukan. Malah saya juga layak ke kejohanan Dunia di Osaka tahun depan."

(Ruqaya al-Ghasara, pelari pecut dari Bahrain yang memenangi pingat emas 200 meter & pingat gangsa 100 meter wanita akhir di Sukan Asia di Doha, Qatar)

Thursday, December 14, 2006

Perpisahan

cinta

PERPISAHAN


Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama

Sering kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah bersulam bahagia

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu

Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu
Oh...oh.....
Yea...yea.....

Masih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu



Komposer : Pacai
Vokal : Anuar Zain
Album : OST Cinta

Wednesday, December 13, 2006

Camar Yang Pulang

camar

Monday, December 11, 2006

kathy bates

aku bukanlah mengikuti sangat perkembangan pelakon yang seorang ni. kathy bates - pelakon yang aku perasan kehadirannya di pentas filem hollywood lewat cerita misery. melalui filem misery beliau dianugerahkan pelakon wanita terbaik di academy award! misery menjadi salah satu filem kegemaran aku dan kathy bates sendiri mejadi salah seorang aktres yang aku minati selain susan sarandon sebagai peguam dalam dead man walking dan natalie portman sebagai mathilda dalam filem arahan luc besson iaitu leon - the professional.

bentuk fizikal dan karektor semulajadi kathy memungkinkan beliau mendapat tawaran bagi memegang watak yang sebegitu rupa. baru-baru ini aku ada menonton sebuah lagi filem lama lakonan kathy iaitu dolores clairborne. filem stephen king ini mengingatkan aku kepada lakonan kathy di dalam misery! ermm... jalan cerita dijalin dengan amat menarik sekali disamping disokong lakonan mantap para pelakonnya. sebelum aku terlupa, stephen mempunyai koleksi filem yang harus ditonton... tetapi aku begitu menggemari filem langoliers.

Demi Waktu

Aku yang tak pernah bisa
Lupakan dirinya
Yang kini hadir diantara kita
Namun ku juga takkan bisa
Menepis bayangmu
Yang selama ini temani hidupku

Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu
Yang bergilir disampingmu
Maafkanlah diriku
Sepenuh hatimu

Seandainya bila
Ku bisa memilih

Kalau saja waktu itu
Ku tak jumpa dirinya
Mungkin semua takkan seperti ini

Dirimu dan dirinya kini ada dihatiku
Membawa aku dalam kehancuran

Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu
Yang bergilir di sampingmu
Maafkanlah diriku
Sepenuh hatimu

Seandainya bila
Ku bisa memilih



Artis : Ungu

Ficus Pumila

penah nampak pokok ni? dalam bahasa melayu orang kita panggil 'ara jalar'... in english - creeping fig. nama botaniknya pulak ficus pumila... dulu aku ingat rumah-rumah yang dindingnya diselaputi pokok ara jalar ni sebab rumah tu dah ditinggalkan lama oleh tuannya ataupun memang dibiarkan sebegitu rupa oleh tuannya sebab malas nak cat rumah! hahaha... tapi lama-lama aku terpikat lak dengan tanaman ni... sungguh menarik kalau sebahagian dinding luaran rumah dihiasi pokok ini ditambahkan dengan tanaman pokok-pokok lain berkonsepkan rumah inggeris!

Thursday, December 07, 2006

pisang dan pisang dan pisang dan pisang dan lagi dan lagi...

bananas

nak yang mana satu? aku nak semua! teringat zaman masa kecik-kecik dulu masa dok kampung, arwah nenek akan goreng pisang petang-petang hari. kitorang sepupu sepapat dan makcik-makcik akan duduk ramai-ramai atas ambin makan pisang goreng sambil cecah sambal kicap atau gula pasir atau susu pekat! takyah ler nak pi pasar carik pisang mentah sebab umah nenek dikelilingi pokok pisang semata! pisang emas, boyan, berangan, rastali, tanduk... semuanya ada. kalau pisang tu dah lembek sangat, jadik jemput-jemput ler akhirnya. takpun jadik lempeng pisang. hehehe... kadang-kadang nenek jemur pisang-pisang tu buat pisang salai.

Tuesday, December 05, 2006

Indahnya Bumi Kenyalang

My creation

(mengikut putaran jam)

1 - naik perahu tambang (30 sen jer) kat sungai sarawak
2 - jeti nak pi gua niah... dekat jer, naperlah diorang tak buat jambatan atau titi! hehehe...
3 - beli ikan terubuk kat pasar satok! nyam... nyam... nyam...
4 - painting cave of niah! ramai mat salleh kat sini yang datang... pelik gak naper rakyat negara sendiri susah nak jumpa dalam ni
5 - sarapan mee jawa kat area lutong, miri sebelum berlepas ke niah! ingat kat johor jer ramai etnik jawa! hahaha...
6 - muzium petroleum kat miri
7 - depan muzium arkeologi niah. saperlah yang jadik cameraman ni ek?!
8 - bangunan ni kat tebingan kuching... aku lupa lak nama dia... hehehe...
9 - antara tembikar yang dipamerkan kat dalam muzium arkeologi niah... sebenarnya tokleh amik gambar dalam muzium ni! hahaha...
10 - makan nasi lelapan empal kat bandar miri. sedap sangat tapi aku tak biasa makan pedas ler... syed yang belanja! terima kasih banyak-banyak...
11 - kat depan painting cave of niah!
12 - nyaman sungguh bayu pantai kat miri ni! rugi tak bawak swimming trunk...
13 - jambatan gantung kat taman awam miri...

Perigi Biru

puas aku carik info lagu perigi biru ni. dah search kat google & yahoo pun tarak... aku nak tau maklumat lengkap pasal lagu lama ni yang dinyanyikan oleh bawang merah dalam filem bawangmerah bawang putih lakonan latifah omar, umi kalthom dan siti tanjung perak dahulukala... mula2 aku tak tau pun tajuk lagu ni perigi biru... aku ingat tajuknya ikan kaloi! hahaha... rasanya ramai orang tak tau pun tajuk sebenar tajuk lagu ni...

lagu perigi biru ni ciptaan zubir said (22 julai 1907 - 16 november 1987), seorang komposer kelahiran minangkabau, sumatera, indonesia tetapi menetap dan bekerja di singapura. dialah yang bertanggungjawab mencipta lagu kebangsaan singapura, majulah singapura! malah aku dapat tau, lagu kebangsaan negara kita pun hampir diciptanya tetapi berlaku perselisihan faham antara beliau dan pemimpin negara kita. akhirnya lagu negaraku (dicedok dari lagu negeri perak - terang bulan) yang terpilih dan kita dengar berkumandang setiap hari sehingga ke hari ini. jasa allahyarham zubir said terhadap industri muzik nusantara secara umumnya dan kepada singapura secara khususnya amatlah besar. selain lagu majulah singapura dan perigi biru, ada sebuah lagi lagu ciptaan allahyarham yang begitu popular sehingga ke hari ini iaitu sayang di sayang nyanyian kartina dahari dan kemudiannya dirakam semula oleh ning baizura. tetapi sebelum itu lagu tersebut telah digunakan untuk filem rachun dunia lakonan seniman agung tan sri p.ramlee.

berbalik kepada lagu perigi biru, lagu tersebut digunakan untuk filem bawang merah bawang putih semasa adegan merah memanggil ibunya yang telah bertukar menjadi ikan kaloi! filem arahan datuk jamil sulong ini begitu berjaya ketika itu. aku tabik ler pada siti tanjung perak! lakonan beliau meletakkannya berada pada kelas tersendiri sebaris dengan normadiah di dalam filem lela manja dan mak dara untuk filem ibu mertuaku. huhuhu... aku tak tau siapa penyanyi sebenar yang telah digunakan untuk filem ini tetapi ia telah dirakam semula oleh beberapa orang penyanyi lain. dalam simpanan aku cuma ada versi dato' m. daud kilau jer... mendayu-dayu dato' nyanyikan lagu ni, sungguh syahdu...


PERIGI BIRU

wahai perigi... perigi airnya biru
tempat bermain... bermain pari dan mambang

mohon izinkan hamba merayu ibu
izinkan hamba merayu ibu
bagi penawar hatiku yang bimbang
wahai bonda ibu kandungku

wahai bondaku
bondaku si ikan kaloi
timbullah bonda ooiii...
timbullah tunjukkan diri

nasi malukut dengan sayur keladi
nasi malukut sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari
wahai bonda ibu kandungku


Friday, December 01, 2006

Bertemu Kembali...

astaga... lamanya aku tak menjengah blog aku nie... macam bertahun2 tak update! hahaha... ni semua gara2 penangan myspace ler... sampai aku alpa nak update blog aku... apa2 pun, mulai harini aku akan sentiasa coretkan apa jua cerita untuk tatapan kengkawan semua...

banyak gak cerita menarik sepanjang 'zaman kesuraman' blog aku nih. huhuhu... paling menarik masa outstation kat sabah & sarawak hampir 2 minggu beberapa minggu lepas. tulah kali pertama aku jejakkan kaki ke bumi borneo. niat di hati nak jelajah brunei sekali tetapi apakan daya masalah ngan passport lak... destinasi pertama aku kota kinabalu. tatkala aku berada kat sana rasa macam bukan kat malaysia lak! rasa macam kat manila! hehehe... lepas tu aku pi sandakan & tawau... nak habaq mai pasal makanan nih... happening giler kat sandakan! ikan bakaq murah2 nooo... seminggu kat sabah memang perut aku penuh ngan ikan2 fresh jer... tawau kureng sikit ler tapi still murah nak bandingkan ngan semenanjung. dah terlanjur kat bumi di bawah bayu ni tak complete kalau tak borong mutiara2 kat pasar filipina! adalah sikit buah tangan untuk mak aku...

dari tawau aku terbang semula ke kk n stay semalam kat airport view hotel sebelum berlepas ke miri keesokannya. bestlah jugak miri tu tapi barang2 taklah semurah kat sabah... biasalah bandar minyak... kuda laut jadik simbol bandar miri. kat sana aku stay kat umah syed, mentor aku. ahaks.... mentor ker??? thanks bebanyak kat dia coz bawak aku jenjalan. gambar kat atas tu dialah yang amik kat muzium petroleum. kat sinilah minyak pertama negara kita dijumpai kira2 100 tahun yang lepas...

hari ketiga aku kat miri aku pi gua niah. pi sensorang jer coz kengkawan yang lain semua cancel last minute... aku nekad jelah driving pi sana n masuk gua seorang diri. alhamdulillah tiada perkara yang tak diingini berlaku. gua niah - salah satu tempat yang aku idamkan nak pi sejak kecil akhirnya dapat ku jejaki... maha suci Allah, sungguh aku terpegun keajaiban ciptaanMu... bila berada di dalam gua seorang diri ditemani kegelapan aku terasa diri ini begitu kerdil sekali. aku kembali ke miri dari niah dengan perasaan yang begitu gembira. insyaallah jikalau ada rezeki lagi, akan aku kembali ke gua niah lagi!

dari miri aku ke kuching. meow! hehehe... aku stay kat singgahsana lodge berhadapan ngan sungai sarawak. sungguh indah pemandangan kat sini. teringat lak kat dayang nurfaizah & camelia! hehehe... jiwa aku begitu sinonim dengan budaya sarawak. pua kumbu, tikar sarawak, ukiran kayu orang ulu dan sebagainya buat aku terpesona sekali... puas tawar menawar tikar sarawak & pario di tebingan, akhirnya 3 gulung tikar aku borong! ikan terubuk lak aku beli kat pasar satok. tu semua kengkawan kat semenanjung yang pesan...

3 hari aku kat kuching sebelum ke sibu. kalau miri dengan kuda lautnya, sibu lak menggunakan angsa sebagai simbol. takde apa yang menarik tentang sibu. makanan halal payah sikit nak diperolehi kat sini. puas aku berjalan cari makanan halal, last2 jumpa kat pasar... nasib malang lak, mi goreng yang aku minta terus menutup selera aku! dahlah mi kuningnya kejang macam baru keluar peti ais, bau kapur begitu kuat sekali... nak taknak malam tu aku kuar hotel lagi carik burger lak...

dari sibu aku kembali ke semenanjung. hampir 2 minggu meninggalkan semananjung buat aku rindu semula untuk kembali ke borneo! insyaallah kalau ada rezeki...